Sunday, January 31, 2010

muka study dan ayam

tadi chat ngan member lama aku
bertanya2 khabar bagai..pastu dia tanya aku study ape skank
aku jawab aku amek medic
dia terkezut
'bia betik ko..x nampak muka study pon'
aku tanya muka study tuh camne
dia suruh aku google...ceyt
aku pon google..tapi x dapat jawapan
aku tanya lagi..'penting ke muka study'
dia jawab..'penting..baru nampak berwawasan'
cehh
aku tunjuk contoh muka study..
camni ke?
......

muka study camnih haa..

dia jawab 'sewel la ko ayam'..eh2 ada ke patot
okeila tuka topik,dia tanya..'nirmala bonat camne skarang?'
'weii kuno la ko...tuh citer lama lah ayam!'

okei seri..sama2 ayam




Saturday, January 30, 2010

sebab aku xcited sangat

senyap sunyi rumah..konpem budak2 ni semua da tido
kefenatan seharian jungle trekking
aku x dapat nak tido lagi..kelaparan mengatasi segalanya
jadi aku pilih untuk masak nasi+goreng telor+goreng ayam..makan dengan kicap
dah cukup maveles bagi org kebulur macam aku

okeii nak cerita jugak..kitorang:hosematee+syira+nuyu+due+mat+keding+jemi+gadak baru jek balik dari air tejun 2 warna,brastagi...subhanallah..cantek sangat!walopon jalan dia agak2 adventure ..tapi bila da smpai kat situ,sume fenat bin lelah dilupakan..ape lagik..tejun mandi!
sejuk mak aihh air tersebut..aku mandi kejap jek..x tahan,macam sume organ pun bole mengecut..
kitorang kat situ sampai kol 2 jek..then btolak balik..pjalanan balik lebey advnture tyme daki bukit yg curam..sempat lah aku jatuh sekali,macam nangka burok wooo..debush!
so far..alhamdulillah..tade sape yg cedera..guide kitorang sume mantap2 kan..*aku promot la skit*..keh3..so sape2 nak pegi sana,boleyla gunakan diorang ni..free jek...itu yg penting..bahaha!
haaa...satu lagi yg penting aku nak cakap..aku selamat dari pacat!!tade sekor pacat berani hinggap..mayb sebab aku busuk..eh bukan2..diorang yg busuk dats why pacat suka..ohh betolla!

okeii la...xyah la citer panjang2,bg can kat due, matto, mila, mirah plak nak wat entry pasal nih.. ;)

suster ngesot bakal muncul esok!hahhaha

Thursday, January 28, 2010

x sedih pun

orang cakap citer nih sedih sampai boleh nangis teresak2
so aku dengan penuh keazaman btekad nak tengok movie ni
dah lama cari tapi baru jumpa kat kedai semalam
b4 tengok citer dah ready tisu banyak2
konon nak nangis la kan
sekali..aku tengok macam takde perasaan
sambil menguap beberapa kali
bagi aku biasa jek citer nih...more to romance lah..tak minat sangat lah


b4 tuh alayan movie nih
'the stepfather'
x puas hati..orang jahat x mati last2
tapi citer nih best utk cuci mata
hero dia damn COMEL!
keh3

adat manusia sukakan 'keindahan'...bahahhahha!

Tuesday, January 26, 2010

nada indah...hari indah



When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

CHORUS
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

CHORUS

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

CHORUS (x2)


BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows



Alhamdulillah....25 Jan2005 graduasi berjalan lancar,takde insiden2 yang memalukan misalnya jatuh stage atau topi grad tercabut atas stage..heheh
kesimpulannya...*lepas intro terus kesimpulan okei..format baru karangan upsr okei adik2*
okeh sambung..kesimpulannya grad ni okei lah even tyme dalam dewan panas cam kena rebus
keluar dewan plak tgk org cam semut
ramai sangat..sah diorang nih angkut satu kg tengok diorg grad..hish

paling best sbb mak ayah ada disisi saat2 camnih*poyo skit*
pastu dapat kezutan dari budak2 FKG..tuweeet sungguh
pastu mirah plak bagi bunga..kesian dia kena paksa bagi bunga kat kitorg
nasib lah dia dapat senior desperado cam kitorang...kah3
pastu junior2 len pon ada datang sama2 raikan ktorg
haa x lupa juga...kak shima pon ada bagi kek 'selamat wisuda' kat kitorng
sume ini sangat2 menghepikan diriku!
~~~olallalalala~~~


...syukran Ya Allah...

Friday, January 22, 2010

tolong biar ikhlas


aku memang benci orang yg tolong sebab duit
padahal hakikatnya aku tak minta tolong dia pun
dia yang beria nak tolong
last2 cakap...'adik bagilah berapa pun seikhlas mungkin'
ok fine..aku da bagi..memang x berapa nak ikhlas pon
tapi jumlahnya lumayan besar la kalau setakat tolong tulis beberapa patah perkataan
boleh plak dia cakap...'uhhh...dikit kali'
nak jek aku jerit kat dia...kepla otak ko!nak duit lebih pi keje jadi engineer!
tapi aku malas nak layan dia..aku blah x pusing belakang dah
lantak dia lah...yg penting kawan aku dapat selamat balik mesia

uhh..benci2..kalo sume pon perangai macam nih..sampai bila2 pon negara ko x maju okei
rasuah rasuah rasuah
bila nak berakhir????

Wednesday, January 20, 2010

takziah kawan

tadi terima berita yg mengejutkan dari keluarga kenna
dia baru saja kehilangan ayahanda tersayang
tyme tu..tuhan saje yg tau perasaannya
aku sebagai member pon rasa lemah longlai badan ni
dengan aku sekali yg nangis..sangat simpati
tapi aku tao kenna kuat..dia nampak tenang,insyaAllah Allah kuatkan hati dia sekeluarga hadapi dugaan dari Nya..

sekali lagi takziah buat kwn kami atas pemergian bapa tercinta
sama2 doakan arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman
amin...

buat kenna..
kami harap kamu tabah
semua orang pasti akan hadapi ini
cuma masanya yg kita xtao

"Apabila mati seseorang, akan terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya"

al-Fatihah

Monday, January 18, 2010

esok bakal derita lagi

sekarang dalam proses nak pakai braces
u know..sangat derita ok
itu belum pasang braces..baru jek doktor pasang getah celah gigi nak kasi ruang utk letak cincin
itu pun aku dah derita sangat...hari2 makan bubur macam mak nenek
nak kunyah roti pon x dapat
aku telan sejibik sejiban jek ape2 yg aku makan
rosak saluran cerna aku..huh
esok doktor akan cabut getah ni then pasang cincin tuh...ouhh scary
org cakap yg nih lebey saket..ouchhh
tp tulah..'beauty is pain...yakksss'
tadelah..aku pakai bukan sbb nak cantik pon
bak kata adik aku..'dang udoh..udoh situ r'...hahhahaha...tadelah
aku pakai braces ni pon sbb aku rasa cam gigi aku makin lama makin ke depan jek..mancung kata orang..keh2
malu la i nanti nk communicate ngan ramai patient...*alasan TERBAEK rite*
doktor sendiri pun cakap gigi aku kes chronic sbb open bite,lama2 bleh terus maju kehadapan..hahah..tambah lagi gigi last aku xleh kuar sebab tumbuh melintang & specialnya lagi ada 2 gigi bawah yang rotate 180 degree...amacam kagum tak??hahha

okeh nanti da pasang braces..aku akan jadi sopan..xmen dah gelak2 sampai nampak uvula..sopan ok..SOPAN

practice senyum sopan tp hidung pula terkembang...hish





imej akan datang...



jeng jeng
.
.
.
.
.




Monday, January 4, 2010

kagum

mungkin aku agak lambat dengan gosip dunia hiburan
malas nak ambil tahu gosip2 artis kita
sebab aku rasa ramai yang plastik..pastu sebab x penting kot
tapi semalam ada terbaca pasal pengasas sendayu tinggi yang dah berpurdah
aku kagum okei..SANGAT
nih aku copy skit dari web...banyak pengajaran dapat dari kisah dia

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.