Tuesday, April 26, 2011

bisikan.......

assalamualaikum
hai bizi nampak...heh =)
camne khabar sekarang?iman,amal,kesihatan,kewangan bla bla bla....m0lek semua?

life aku sekarang memang agak bizi sampai hari2 mulut x berhenti mengeluh
padahal ini pilihan aku sendiri bukan mak pak piyat aku paksa nak jadi doktor

pernah stress?
stress yang rasa cam nak hantuk2 kepla kat dinding tapi kita takut sakit..hihii
bila kita stress kita mesti ingat kat Tuhan kita sebut nama Dia
kita nak dekatkan diri kita pada Dia
dengan harapan kita dapat redha Dia,maka urusan kita jadi lebih mudah
time tuh kita azam kita nak berubah,kita nak jadi insan s0leh
biar kita jadi hambaNya yang terbaik
tapi ... tiba2 ada satu bisikan yang menghalang
''eleh bila stress baru ingat Tuhan,bila dah senang..s0lat kemana,Quran kemana..ma'thurat kemana..x payah la k0non2 buat baik kalau hati x ikhlas,kalau hati cuma mengharapkan balasan yang baik dari Dia..bila dah dapat semua dilupakan"
pasti pernah kan?
pastu tiba2 kita akan rasa...
''eh bet0l jugak..xpayahla k0non2 buat baik,lepas ni aku jahit balik..sia2 jek''

bet0l ke k0nsep ni???
kenapa x bagi peluang kat diri sendiri untuk berubah?

kenapa nak terus hukum diri sendiri dengan dosa kelmarin?
kenapa nak terus kalah dengan bisikan halus tu????

apa salahnya kita cuba
biar camne niat kita pada asalnya
kita cuba mana yang kita mampu buat..sikit2 asal kita istiqamah
bukankah Allah itu maha berkuasa..Dia yang mampu membolak balikkan hati kita
mana tahu berkat kesungguhan kita untuk berubah
Dia ubah hati kita..kita jadi makin kuat untuk melawan bisikan itu
bisikan yang xkan pernah berputus asa untuk melalaikan kita menjatuhkan kita
sampai akhirat kelak.....

mari kita GAGAHkan hati!