Monday, July 4, 2011

spirit

baru aku perasan rutin hidup aku sehari2 sama
balik h0spital-mandi-lappy-tidur-lappy lagi-tidur lagi-hospital lagi-oncall-balik rumah-tidur-hospital lagi
secara jujur memang muak,muak sangat2 sampai rasa nak terbang malaysia sekarang juga nak cari life baru
tapi sebab dah terlanjur sampai ke penghujung jalan..kena teruskan juga sampai garis penamat
ada yang tanya..kamu menyesal ambil bidang nih?
secara jujur..TIDAK tapi secara lebih jujur aku rasa minat aku dalam bidang ini makin berkurang
entah kenapa tapi hakikatnya begitu
semakin hari merasa tidak bersedia,tidak ikhlas dalam setiap pekerjaan,paling parah bila rasa semakin tidak memahami manusia atau erti kata lain patient...damn
sisi negatif dalam diri memang jauh lebih tinggi
tiap hari ada saja perkara2 yg mend0wnkan diri sendiri sampai rasa malas nak bangun dah
entah kemana sisi positif yang dulu...hilang ditelan badai..badai mana pun aku tak tahu
entah apa aku merepek
orang yang sedang futur dinasihatkan tidak membaca entry aku heh!takut aku menghanyutkan orang jadi tenggelam tak timbul2 dah haha!
itulah sebab bila ada yang minta pendapat nak anak masuk medic
aku suruh piker banyak2 kali..kalau ambil medic sebab nak kaya sebab nak rasa cool
tolong JANGAN!
banyak lagi kerja yang buat duit..banyak lagi kerja lain yang jauh lebih cool
tapi kebanyakan orang piker jadi doktor ni cerah masa depan,confirm2 dapat kerja x perlu tanam anggur dulu,jadi doktor ni pekerjaan mulia maklumlah tolong orang sakit
respon aku..eh tak jugak.sekarang isu lambakan doktor menjadi perhatian
kemungkinan 1-2-3 tahun akan datang akan terjadi fen0mena j0bless doctor...gerun!
pekerjaan mulia?aku setuju..tapi semua pekerjaan yg niat kerana Allah taala tu mulia..x perlu tunggu nak jadi doktor



eh jangan salah faham..aku bukan nak menjatuhkan pr0fesi aku sendiri
tidak...kalau memang betul niat adik2 sungguh2 nak jadi doktor..silakan
TAPI..tolong betul2 bersedia
MENTAL fizikal mesti kuat
dari sekarang cuba tanam sifat SABAR. IKHLAS. SIMPATI. TANGGUNGJAWAB.

semangat tolong kembali..........................................
i wanna be a gud d0c..really!