Monday, August 1, 2011

berkat 1 Ramadhan =)

hari ini ujian pretest forensik ditunda ke hari lain
*senyum*
memang seperti yang dirancang,dengan langkah hidup segan mati tak mahu kami melangkah masuk ke bilik doc,kami duduk dengan penuh sopan,mata tunduk kebawah tenung nota atas riba
dalam hati....''doc tolonglah tunda hari lain tunda tunda...tolong ya Allah''

nak dipendekkan cerita banyak yang kitorang x boleh jawab
maklumlah baca last minute,memang sikit pon x hapal kebetulan doc penguji jenis yang nak hapal sejibik sejibon..memang terbaiklah kan

dan...mungkin berkat dari 1 Ramadhan,mood doc kebetulan baik,sikit pun x marah
dapat nasihat lagi ''belajarlah...bukan untuk siapa2 tapi untuk diri sendiri" *insaf*